Anggota koperasi ditakrifkan sebagai seseorang yang terlibat dalam pemohonan pendaftaran kopeasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung dari bermulanya penubuhan koperasi menurut peraturan dan undang - undang kecil selepas pendaftaran.
Kelayakan Anggota
Keanggotaan koperasi terbuka kepada kakitangan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak, suami atau isteri, anak-anak dan peserta kursus jangka panjang Maktab Koperasi Malaysia.
Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi hendaklah :
Manakala bagi bekas anggota pula, fi masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 20.00. Kelonggaran akan diberikan kepada penama atau wakil yang sah bagi anggota yang telah meninggal dunia dalam tempoh 6 bulan selepas kematian tanpa fi masuk. Semua fi-masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi hendaklah :
1. Warganegara Malaysia
2. Mencapai tahap umur 18 tahun
3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
4. Seseorang yang bukan di bawah penguatkuasaan kesalahan boleh daftar, atau tiada keupayaan dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana - mana koperasi dalam tempoh 1 tahun.
5. Kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak secara tetap, kontrak, sambilan atau isteri atau suami atau anak kakitangan tersebut.
6. Pelajar program jangka penjang Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak
7. Bekas kakitangan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak atau suami atau isteri atau bekas pelajar program jangka panjang yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya iaitu telah menjadi anggota koperasi ini.
Permohonan Menjadi Anggota
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Proses Pembayaran Keahlian
Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM 10.00 dan dikembalikan kepada pemohon sekiranya pemohonan ditolak oleh Lembaga.
Manakala bagi bekas anggota pula, fi masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 20.00. Kelonggaran akan diberikan kepada penama atau wakil yang sah bagi anggota yang telah meninggal dunia dalam tempoh 6 bulan selepas kematian tanpa fi masuk. Semua fi-masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
Undang - undang Kecil
Setiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskah dan sebarang naskah tambahan akan dikenakan bayaran yang akan ditentukan oleh Lembaga.
Pemberhentian Keanggotaan
Seseorang anggota yang menarik diri daripada koperasi ini hendaklah dengan memberi notis bertulis 6 bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Sekiranya terdapat sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh masa yang singkat. Melainkan tarikh awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan itu hendaklah terhenti hanya pada hari yang genap tempoh notisnya. Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak liabiliti sebagai anggota.