Mengenai Kami

Koperasi Usrati Kuching Berhad adalah sebuah koperasi asas yang berfungsi sebagai salah satu badan organisasi yang memberi kemudahan kepada anggota-anggota yang berdaftar sebagai ahli koperasi dari segi khidmat kewangan, pengurusan harta, aktiviti kebajikan, pelaburan dan bekerjasama dengan koperasi lain bagi melahirkan semangat berkoperasi di kalangan masyarakat.


Koperasi Usrati Kuching Berhad didaftarkan pada 15 Ogos 2008 iaitu di bawah peguatkuasaan undang-undang kecil yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Permulaan sebagai sebuah koperasi asas yang berliabiliti terhad di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993. Segala syarat dan maklumat yang berkaitan dengan koperasi ini telah dipersetujui dan diluluskan pendaftaran oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 17 September 2008 dengan nombor pendaftaran (Q-3-0574)

Matlamat Koperasi

Adalah menjadi kewajiban bagi sebuah koperasi yang berdaftar mempunyai matlamat tersendiri bagi menentukan halatuju koperasi. Antara matlamat utama Koperasi Usrati Kuching Berhad adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip yang ditetapkan oleh mesyuarat agung koperasi.

Fungsi Koperasi

Seiring dengan kemajuan sektor kemajuan koperasi sebagai penyumbang utama ke empat ekonomi negara. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan meningkat dan mempraktikan lagi sektor ini agar dapat memacu sebahagian besar sumber pendapatan rakyat bagi memiliki taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu, faktor utama Koperasi Usrati Kuching ditubuhkan adalah bercirikan mesra pengguna. Kebanyakan perkhidmatan dan faedah yang di tawarkan berasaskan kehendak pengguna dan menepati keperluan semasa.

Visi Koperasi

"Menjadi koperasi pengguna yang dicontohi di Sarawak"

Misi Koperasi

"Menjadi koperasi cemerlang untuk memberi perkhidmatan kepenggunaan kepada anggota dan masyarakat bagi mencapai matlamat penubuhan mengikut prinsip dan nilai-nilai koperasi"